Powered By Blogger

Thursday, 16 May 2013

List Untuk Breastfeeding.....Apa yang patut ada...

Salam semua.....hari ini saya akan buat post tentang senarai kelengkapan untuk menjayakan penyusuan susu ibu...Seperti yang kita tahu susu ibu penting untuk anak kerana mengandungi 1001 khasiat....kerana kepentingan inilah maka kita memerlukan barang2 khas untuk menjayakan misi mulia kita ni.....yang peliknya dulu2 tak payah guna semua ni pun mak saya berjaya susukan kami semua adik-beradik (toink....) hehehe Ok Meh kita lihat barang yang saya da sediakan untuk menjayakan misi ini 

1. Bantal menyusu (penting untuk menjaga postur tubuh ketika menyusukan bayi terutama new mom macam saya.... 

2. Beg menyusu & Beg Pendingin (khas untuk bawa pam susu kita ke pejabat @ masa travel dan menyimpan susu perahan kita- saya guna Beg MomlittleOne)

3. Pensteril & Pemanas (penting untuk steril pam susu dan peralatan menyusu serta memanaskan susu yang sudah dibekukan) - saya pakai jenama Autumnz

4. Coli Menyusu (seperti yang kita tahu coli menyusu berbeza dengan coli biasa ini kerana coli menyusu mempunyai cangkut @ butang khas di depan yang senang dibuka untuk memudahkan penyusuan bayi dan saranan saya untuk kegunaan malam silalah guna sleep bra kerana nursing bra ni x berapa sesuai digunakan ketika tidur ni pengalaman saya sendiri...pakai sleep bra memang best)
Sleep Bra


5. Pelapik coli (benda ni penting untuk serap lebihan susu yang mengalir) jadi takde la baju kita basah dan bau masam dengan susu hehehe....saya beli washable dan disposable.

6. Baju Menyusu (hal ini memang tak penting sangat kerana kita boleh je pakai baju yang sedia ada tetapi baju ini boleh la beli untuk 3 pasang ke 5 pasang khas untuk masa kuar rumah psl baju2 ni ada tmpt yang mudah dibuka untuk penyusuan)

7. Ponco Menyusu ( diperlukan untuk melindungi bahagian2 tubuh tertentu daripada terdedah ketika kita menyusukan bayi terutama di tempat awam) - saya beli macam kat bawah ni dan satu lagi macam bentuk apron tu.

8. Pek Ais ( yang ni memang wajib ada dan dimasukkan ke dalam beg pendingin untuk membolehkan susu perahan bertahan sebelum kita simpan dalam freezer)

9. Kantung Kering Udara ( diperlukan untuk membolehkan peralatan pam susu dan botol storage susu dikeringkan sebelum diguna)

10. Suplemen Penyusuan & Ubat nipple crack ( ada sesetengah individu memerlukan sumplemen untuk merangsang pengeluaran susu. Saya beli Asi dulu untuk percubaan nanti klo tak ngam baru saya beli Shaklee). Ubat nipple crack plak untuk nipple yang terluka ketika penyusuan berlangsung, saya beli medela Purelan kerana review yang bagus iaitu bayi boleh terus menyusu walaupun ubat ni disapu.





11. Bekas Penyimpanan Susu Ibu ( yang ni mommies semua boleh pilih botol @ plastik liner) saya beli dua-dua. 


12. Pam Susu ( belilah ikut kemampuan mommies semua dan yang penting kita selesa guna) saya beli 3 (manual, elektrik dan bateri) kerana memikirkan keperluan ketika bekerja nanti lgpun pam ini semua murah banding medela freestyle.

13. Hot & Cold Gel Pack (ok yang ni saya beli kerana untuk membantu meredakan bengkak susu @ pengeluaran susu sebelum dan selepas proses penyusuan...jangan salah sangka ini dengan pek ais yer...pek ais hanya untuk kegunaan cold sahaja tetapi yang ni boleh dipanaskan...benda ini bukan untuk menyusu je tetapi boleh digunakan ketika demam, sakit otot, senggugut dan sebagainya. Caranya letak dalam freezer @ air panas kemudian masukkan dalam pouch dia pastu tepek kat bahagian badan yg kita kehendaki)

14. Alat Bantuan Penyusuan - Nipple Shield, Nipple Formers, Milk Collection Shells, Breast Shells  (penting untuk membantu melindungi nipple crack, inverted nipple dan untuk mengumpul lebihan susu ketika mempam @ bayi menyusu jadi susu ibu tidak dibazirkan...Ada satu lagi yang bagus iaitu Avent Nipplette tetapi tak beli kerana harga dia beratus huhuhu mahal sgt weii... bergantung dgn keperluan nak beli ke tak)




15. Penyongsang Elektrik - power inverter ( penting untuk mempam ketika dalam kereta dan ini sesuai untuk ibu-ibu yang berkerja dan sentiasa outstation. Boleh beli di lelong.com lebih murah)

16. Hands Free Breast Pump Bra (yang ni untuk memudahkan kita mengepam sambil buat keje lain hehehe... takde medela freestyle tp beli ni jadi la juga freestyle nyer hehehe- beli jenama simple wishes memang dapat review bagus)


 17. Buku Panduan ( buku ini tidak semestinya kena beli tetapi memandangkan saya new mom jadi kena jugalah menimba ilmu ye dak...)


18. Berus botol & sabun botol ( ok yang ni nampak remeh tetapi berus botol diperlukan untuk membersihkan botol2 simpanan susu yang sudah digunakan dan sabun untuk cuci botol silalah guna untuk khas bayi dan bukannya sabun cuci piring macam Axion ke ape...bahaya ada bahan chemical tu)


OK lah itu je yang saya rasa perlu ada untuk menjayakan Penyusuan Eksklusif kita....Jumpa lagi dalam post baru dan mungkin juga dengan baby baru nanti hehehe (skrg dah 38 minggu yippieee)

Friday, 3 May 2013

Urutan Perineum

Ok sumpah sebelum ni memang tak pernah dengar urutan ni tapi bila saya beli Set Bersalin Tanamera, saya terbaca review dan cara penggunaan VCO untuk membuat urutan perineum.... Apa itu urutan perineum....mungkin yang ada amik kelas antenatal dia tau la tapi klo mcm sy ni yang tak amik kelas memang serius tak tahu....Saya da masuk 36 minggu ni baru berpeluang membuat urutan ni tapi better late than never hehhee. Jadi ini saya berkongsi sedikit ilmu yang saya cari dan amik dari blog mommies yang lain....minta halal info yer... hehehe 

Apa itu Perineum ?
Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur 

 Urutan Perineal(sumber majalah PaMa)
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

Urutan ini bukanlah 100% menjamin kita tidak mengalami koyakan @ doktor takyah kena buat potongan episiotomi tetapi sedikit sebanyak membantu mengurangkan koyakan hehhee x salah kita mencuba kan. Lagi satu urutan ini paling bagus buat selepas mandi @ selepas ke tandas kerana kawasan itu masih lembap.

Ini Guntingan episiotomi untuk memudahkan kelahiran (seram tgk)

Teknik urutan perineum
1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.


Menggunakan satu jari

Menggunakan dua jari


Ini video urutan perineum untuk lebih jelas



Jangan buat urutan ni apabila :
1. Mempunyai jangkitan atau penyakit pada vagina 
2. Berasa sakit semasa membuat urutan ini...mommies bolehlah buat urutan ini semula pada masa yang lain.


Pengalaman sendiri : Mula2 buat urutan ni memang rasa ngilu sikit dan adalah juga sakit sikit tapi lama2 da buat tu da ok lah kan kata orang tua2 alah bisa tegal biasa..... Harap info ini dapat membantu mommies di luar sana...and again Sharing is Caring..