Powered By Blogger

Tuesday 29 November 2011

Pupur Debu Gunung Berapi @ Volcanic Ash Thermal Mask

Well saya tau bila melihat tajuk post ni memang mendatangkan keraguan & saya pasti tidak semua kita tahu tentang khasiat debu gunung berapi kan....Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang kebaikan volcanic ash ni...

Memang tidak dinafikan bila sebut je tentang gunung berapi ni kita pasti terbayang gunung berapi yang tengah meletus & silap hari bulan kalo terkena lavanya mmg boleh arwah dibuatnya :) 

Sesebuah gunung berapi bukan sahaja membawa kemusnahan, tetapi juga mampu memberikan faedah kepada penduduk sekitarnya selepas bahaya letupan gunung berapi telahpun berakhir. Sesebuah gunung berapi mampu memberikan faedah kepada penduduk dengan cara tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.Jadi jangan buruk sangka dulu kan.... :)

Kebaikannya tidak terhad dgn tanah sahaja tetapi juga dengan manusia... lava yang sudah sejuk berubah menjadi tanah liat dan akhirnya menjadi debu setelah kering...Dalam debu tersebut terdapat cas negatif yang mempunyai kemampuan menyahtoksik yang mengagumkan.Molekul dalam debu gunung berapi bertindak seperti magnet menarik baham toksik dalam kulit kemudian selepas dibasuh volcanic ash mask ini bertindak seperti sponge yang membantu mengeluarkan semua sisa toksik dalam kulit dan menjadikan kulit kita terasa bersih dan segar....Berita paling menyenangkan ialah volcanic ash ini sesuai untuk semua jenis kulit :) yippe... Volcanic ash mask bagus untuk merawat blemish, selulit, sun damage, wrinkles, age spots & saiz pores anda.



Alamak....begitu banyak kebaikannya tapi mana nak dapat debu gunung berapi tak kan kena pergi kat Indonesia @ Filipina duk tunggu gunung berapi mereka meletus kot... klo anda mampu apa salahnya(hehehe just kidding guys). Sebenarnya pada hari ini, banyak spa & jenama2 kecantikan telah mengeluarkan produk penjagaan kulit berasaskan volcanic ash ni...Contohnya :



Ha tengok da macam2 jenama dan ada banyak lagi yang saya tidak masukkan gmbr nanti pandai2 lah anda selidik sendiri dalam Internet kan maklumat di hujung jari ;p ...Bukti paling kukuh ialah jenama dari MAC sendiri...jenama besar & terkenal seperti MAC tidak akan keluarkan produk dari volcanic ash sekiranya membahayakan kesihatan (saya sendiri pun pakai ni memang best lps cuci)... Cuma memandangkan bahannya dari debu gunung berapi jadi muka anda akan kelihatan seperti ini: 

(Warning) ini bukan gambar saya ok saya ambil dari internet untuk tunjukkan mcm mana rupa bila pakai...Tapi bukan semua produk warna macam ni cuma bagi produk MAC ya (baru nmpk asli debu gunung berapi hehehe...)

Iya saya tau nampak menakutkan tetapi itu cuma warna ok...(suami saya pun takut tgk saya bila pakai pupur ni heheeh)...bila pakai anda akan rasa macam ada sesuatu bergerak rasa macam berdenyut pun ada juga (ni pengalaman saya) namanya pun thermal mask jadi tahan je lah ok :) tapi selepas 10 minit macam itu bila da kering dan basuh voilaa....kulit terasa licin dan segar :)


P/s: Gunakan 1-3 kali seminggu ok :) & elakkan penggunaan sekitar mata kerana kulit sekitar mata sangat sensitif...SELAMAT MENCUBA :)

Monday 28 November 2011

Wanna get A Good Brush quality like Mac but in cheap price...read below...

Well....hari ni saya nak bercakap ttg berus... mungkin ramai yang tak menganggap berus mekap sesuatu yang penting tetapi sekiranya nak menghasilkan solekan yang kemas dan berkualiti anda masi memerlukan berus mekap yang berkualiti (bukan beli di kedai RM2 ok)....kalau beli yg tu confirm lepas pakai & cuci bulu berus tu akan tercabut....tetapi masalah terbesar pula kalau anda menginginkan berus yang berkualiti harga mesti kaw-kaw punya kan....hehehe (memang pun). Antara jenama berus yang bagus di pasaran ialah MAC, Bobbi Brown, Lancome dan saya rasa hmpir setiap produk kecantikan yang ternama mempunyai set berusnya yang tersendiri..Tetapi harga bagi setiap berus ini mencecah RM80-RM100++ (mahal tuk berus je huhuhu) Jadi di sini saya memperkenalkan dupe bagi kualiti yang hampir sama dengan berus MAC iaitu Sigma Brush....Anda boleh la melawat laman web ini:


Yang paling best lagi sigma ni ship to worldwide (sesetengah jenama hanya ship pada beberapa negara tertentu sahaja) bermaksud berus tersebut terus sampai ke alamat anda dan sebarang purchase over $30 akan mendapat free gift....

Selain itu, anda patut try this one....Dry'n Shape...
Berus mekap memerlukan penjagaan rapi sekiranya anda mahu dia tahan lama....selepas digunakan bagi yang digunakan tuk jenis serbuk anda perlu cuci berus tersebut selepas 1 @ 2 minggu tetapi bagi penggunaan cecair, anda perlu cuci berus tersebut serta-merta bagi mengelakkan bakteria berkumpul pada berus tersebut. Jadi Dry'n Shape ini bukan sahaja cepat mengeringkan berus anda selepas dicuci tetapi juga menolong tuk menjaga bentuk berus tersebut...sila klik pada gambar untuk rujukan lanjut dan juga cara untuk menggunakannya 



Jadi apa tunggu lagi, Jom beli :) hehehe

Sunday 27 November 2011

My Makeup Collection Part 1




Hai semua.....yah saya tau mmg da lama saya tidak buat post yg baru hehehe memandangkan sebelum cuti mmg saya sangat sibuk dgn kerja. Jadi hari ni post saya ialah tentang koleksi mekap yg saya ada.... Macam anda sedia maklum saya ni mekap junkie hehehe....mmmg tak ble tahan klo ada mekap baru mmg nak beli & cuba tp tu pun tgk bajet juga la hehehe.. Jadi tanpa membuang masa... Lets go gal...

Ni koleksi foundation yg saya ada....picture on the left adalah liquid manakala on the right tu jenis stick & jenis krim kecuali Lancome tu jenis liquid juga...Review ttg foundation nanti sy buat ok....

 Ini foundation primer saya dari pelbagai jenama antaranya Mac, revlon, Laura Mercier & Shu Uemura.

Ok yg sebelah kiri tu adalah koleksi lip gloss NYX (rasa2 nya ada 60 warna semuanya klo tidak silap). Gambar tengah pula adalah koleksi lip gloss dr Coastal Scent dan gmbar sebelah kanan ni lip gloss dr pelbagai jenama.


My lip balm dari jenama Avon & EOS.


Ni plak lip stain {apa tu lip stain nanti saya buat dlm post akan datang... swear :)ok}. Gambar paling atas sekali dr jenama Maybelline & kat bawah tu dr jenama Revlon.


Koleksi maskara dari pelbagai jenama antaranya Maybelline, Avon, YSL, Revlon, Cover Girl, Loreal & Ardell.


Ini plak koleksi tuk eye brow pencils & powder serta tool dr jenama Anastasia (jenama terkenal tuk eye brow) tuk anda lukis brow anda sekiranya tidak mahir...

My blusher & shading collection dari jenama Nars, Kryolan, Maybelline, Bobbi Brown, Benefit, YSL, Revlon, Loreal & The Body Shop.

Koleksi eyeliner pencils, gel eyeliner & liquid eyeliner :)

Ini plak concealer & highlighter yg saya ada... Bakal ditambah pada masa hadapan :)

Eye shadow primer potion dari 3 brand iaitu Urban Decay Limited Edition Travel pack, Too Faced shadow Insurance & Lancome.

My mixing medium (nanti saya terangkan dalam post akan datang tuk mixing medium ini ok) 

Koleksi glitter saya... gambar kat atas tu adalah sampel dari Coastal Scent & kat bawah tu dr pelbagai jenama...oh yah sometimes we need bling bling tuk memeriahkan lagi mekap hehehe

Ni plak spray tuk buat mekap tahan lama...dan terbaru masi dlm proses order ialah Urban Decay All Nighter Long.

NYX Jumbo Pencils....

Ok yang ni plak sponge...anda perlukan sponge pelbagai bentuk tuk blend mostly tuk foundation terutamanya jenis stick klo pakai berus emm memang x sekata jadinya...



Okay tu je tuk post My Makeup collection Part 1 dalam part 2 nanti saya akan buat tuk eyeshadow palette serta lip stick dan tool2 tuk mekap macam berus dll...



p/s : Thanks very muchie kpd my pren Mel kerana menolong sy mengedit gmbr2 di atas...walaupun sibuk dgn urusan sndiri tp masi mau menolong sy mengedit krn sy ni mmg lembap klo bab2 edit-mengedit ni hehehe... Thanks pren.