Powered By Blogger

Friday, 3 May 2013

Urutan Perineum

Ok sumpah sebelum ni memang tak pernah dengar urutan ni tapi bila saya beli Set Bersalin Tanamera, saya terbaca review dan cara penggunaan VCO untuk membuat urutan perineum.... Apa itu urutan perineum....mungkin yang ada amik kelas antenatal dia tau la tapi klo mcm sy ni yang tak amik kelas memang serius tak tahu....Saya da masuk 36 minggu ni baru berpeluang membuat urutan ni tapi better late than never hehhee. Jadi ini saya berkongsi sedikit ilmu yang saya cari dan amik dari blog mommies yang lain....minta halal info yer... hehehe 

Apa itu Perineum ?
Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur 

 Urutan Perineal(sumber majalah PaMa)
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

Urutan ini bukanlah 100% menjamin kita tidak mengalami koyakan @ doktor takyah kena buat potongan episiotomi tetapi sedikit sebanyak membantu mengurangkan koyakan hehhee x salah kita mencuba kan. Lagi satu urutan ini paling bagus buat selepas mandi @ selepas ke tandas kerana kawasan itu masih lembap.

Ini Guntingan episiotomi untuk memudahkan kelahiran (seram tgk)

Teknik urutan perineum
1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.


Menggunakan satu jari

Menggunakan dua jari


Ini video urutan perineum untuk lebih jelas



Jangan buat urutan ni apabila :
1. Mempunyai jangkitan atau penyakit pada vagina 
2. Berasa sakit semasa membuat urutan ini...mommies bolehlah buat urutan ini semula pada masa yang lain.


Pengalaman sendiri : Mula2 buat urutan ni memang rasa ngilu sikit dan adalah juga sakit sikit tapi lama2 da buat tu da ok lah kan kata orang tua2 alah bisa tegal biasa..... Harap info ini dapat membantu mommies di luar sana...and again Sharing is Caring..

2 comments:

  1. Cmne sy nk dpt kn set tanamera

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete