Well saya tau bila melihat tajuk post ni memang mendatangkan keraguan & saya pasti tidak semua kita tahu tentang khasiat debu gunung berapi kan....Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang kebaikan volcanic ash ni...
Memang tidak dinafikan bila sebut je tentang gunung berapi ni kita pasti terbayang gunung berapi yang tengah meletus & silap hari bulan kalo terkena lavanya mmg boleh arwah dibuatnya :)
Sesebuah gunung berapi bukan sahaja membawa kemusnahan, tetapi juga mampu memberikan faedah kepada penduduk sekitarnya selepas bahaya letupan gunung berapi telahpun berakhir. Sesebuah gunung berapi mampu memberikan faedah kepada penduduk dengan cara tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.Jadi jangan buruk sangka dulu kan.... :)
Kebaikannya tidak terhad dgn tanah sahaja tetapi juga dengan manusia... lava yang sudah sejuk berubah menjadi tanah liat dan akhirnya menjadi debu setelah kering...Dalam debu tersebut terdapat cas negatif yang mempunyai kemampuan menyahtoksik yang mengagumkan.Molekul dalam debu gunung berapi bertindak seperti magnet menarik baham toksik dalam kulit kemudian selepas dibasuh volcanic ash mask ini bertindak seperti sponge yang membantu mengeluarkan semua sisa toksik dalam kulit dan menjadikan kulit kita terasa bersih dan segar....Berita paling menyenangkan ialah volcanic ash ini sesuai untuk semua jenis kulit :) yippe... Volcanic ash mask bagus untuk merawat blemish, selulit, sun damage, wrinkles, age spots & saiz pores anda.
Alamak....begitu banyak kebaikannya tapi mana nak dapat debu gunung berapi tak kan kena pergi kat Indonesia @ Filipina duk tunggu gunung berapi mereka meletus kot... klo anda mampu apa salahnya(hehehe just kidding guys). Sebenarnya pada hari ini, banyak spa & jenama2 kecantikan telah mengeluarkan produk penjagaan kulit berasaskan volcanic ash ni...Contohnya :
Ha tengok da macam2 jenama dan ada banyak lagi yang saya tidak masukkan gmbr nanti pandai2 lah anda selidik sendiri dalam Internet kan maklumat di hujung jari ;p ...Bukti paling kukuh ialah jenama dari MAC sendiri...jenama besar & terkenal seperti MAC tidak akan keluarkan produk dari volcanic ash sekiranya membahayakan kesihatan (saya sendiri pun pakai ni memang best lps cuci)... Cuma memandangkan bahannya dari debu gunung berapi jadi muka anda akan kelihatan seperti ini:
(Warning) ini bukan gambar saya ok saya ambil dari internet untuk tunjukkan mcm mana rupa bila pakai...Tapi bukan semua produk warna macam ni cuma bagi produk MAC ya (baru nmpk asli debu gunung berapi hehehe...)
Iya saya tau nampak menakutkan tetapi itu cuma warna ok...(suami saya pun takut tgk saya bila pakai pupur ni heheeh)...bila pakai anda akan rasa macam ada sesuatu bergerak rasa macam berdenyut pun ada juga (ni pengalaman saya) namanya pun thermal mask jadi tahan je lah ok :) tapi selepas 10 minit macam itu bila da kering dan basuh voilaa....kulit terasa licin dan segar :)
P/s: Gunakan 1-3 kali seminggu ok :) & elakkan penggunaan sekitar mata kerana kulit sekitar mata sangat sensitif...SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment