Powered By Blogger

Thursday, 29 December 2011

Sweet Marriage Proposal....

Pada penghujung bulan lalu, di sebuah Restoran Itali yang terletak di Kuala Lumpur seorang jejaka setelah berfikir dengan teliti dan sanggup mengetepikan ketakutan untuk menanggung tanggungjwab yang besar maka dengan itu beliau pun.......(anda kan pham cerita ini kemudian)
video ini telah menarik perhatian dunia....sehinggakan penyanyi lagu A thousand years yang digunakan dalam video ini oleh Christina Perri turut mengungkap rasa bangga kerana lagu beliau digunakan...but beware please grab some tissue with u while watching this video..Why??? U'll understand after see this.....



 P/s: Saya rasa sesiapa yang sudah pernah melalui situasi sebegini walaupun dengan cara berbeza saya masih merasakan moment itu adalah yang terbaik buat diri masing2. Buat suamiku terima kasih kerana aku antara wanita bertuah yang dapat merasai moment indah itu.....Bagi yang belum mengalami moment indah ini bersabarlah kerana giliran anda akan tiba nanti :)

Tuesday, 29 November 2011

Pupur Debu Gunung Berapi @ Volcanic Ash Thermal Mask

Well saya tau bila melihat tajuk post ni memang mendatangkan keraguan & saya pasti tidak semua kita tahu tentang khasiat debu gunung berapi kan....Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang kebaikan volcanic ash ni...

Memang tidak dinafikan bila sebut je tentang gunung berapi ni kita pasti terbayang gunung berapi yang tengah meletus & silap hari bulan kalo terkena lavanya mmg boleh arwah dibuatnya :) 

Sesebuah gunung berapi bukan sahaja membawa kemusnahan, tetapi juga mampu memberikan faedah kepada penduduk sekitarnya selepas bahaya letupan gunung berapi telahpun berakhir. Sesebuah gunung berapi mampu memberikan faedah kepada penduduk dengan cara tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.Jadi jangan buruk sangka dulu kan.... :)

Kebaikannya tidak terhad dgn tanah sahaja tetapi juga dengan manusia... lava yang sudah sejuk berubah menjadi tanah liat dan akhirnya menjadi debu setelah kering...Dalam debu tersebut terdapat cas negatif yang mempunyai kemampuan menyahtoksik yang mengagumkan.Molekul dalam debu gunung berapi bertindak seperti magnet menarik baham toksik dalam kulit kemudian selepas dibasuh volcanic ash mask ini bertindak seperti sponge yang membantu mengeluarkan semua sisa toksik dalam kulit dan menjadikan kulit kita terasa bersih dan segar....Berita paling menyenangkan ialah volcanic ash ini sesuai untuk semua jenis kulit :) yippe... Volcanic ash mask bagus untuk merawat blemish, selulit, sun damage, wrinkles, age spots & saiz pores anda.



Alamak....begitu banyak kebaikannya tapi mana nak dapat debu gunung berapi tak kan kena pergi kat Indonesia @ Filipina duk tunggu gunung berapi mereka meletus kot... klo anda mampu apa salahnya(hehehe just kidding guys). Sebenarnya pada hari ini, banyak spa & jenama2 kecantikan telah mengeluarkan produk penjagaan kulit berasaskan volcanic ash ni...Contohnya :



Ha tengok da macam2 jenama dan ada banyak lagi yang saya tidak masukkan gmbr nanti pandai2 lah anda selidik sendiri dalam Internet kan maklumat di hujung jari ;p ...Bukti paling kukuh ialah jenama dari MAC sendiri...jenama besar & terkenal seperti MAC tidak akan keluarkan produk dari volcanic ash sekiranya membahayakan kesihatan (saya sendiri pun pakai ni memang best lps cuci)... Cuma memandangkan bahannya dari debu gunung berapi jadi muka anda akan kelihatan seperti ini: 

(Warning) ini bukan gambar saya ok saya ambil dari internet untuk tunjukkan mcm mana rupa bila pakai...Tapi bukan semua produk warna macam ni cuma bagi produk MAC ya (baru nmpk asli debu gunung berapi hehehe...)

Iya saya tau nampak menakutkan tetapi itu cuma warna ok...(suami saya pun takut tgk saya bila pakai pupur ni heheeh)...bila pakai anda akan rasa macam ada sesuatu bergerak rasa macam berdenyut pun ada juga (ni pengalaman saya) namanya pun thermal mask jadi tahan je lah ok :) tapi selepas 10 minit macam itu bila da kering dan basuh voilaa....kulit terasa licin dan segar :)


P/s: Gunakan 1-3 kali seminggu ok :) & elakkan penggunaan sekitar mata kerana kulit sekitar mata sangat sensitif...SELAMAT MENCUBA :)

Monday, 28 November 2011

Wanna get A Good Brush quality like Mac but in cheap price...read below...

Well....hari ni saya nak bercakap ttg berus... mungkin ramai yang tak menganggap berus mekap sesuatu yang penting tetapi sekiranya nak menghasilkan solekan yang kemas dan berkualiti anda masi memerlukan berus mekap yang berkualiti (bukan beli di kedai RM2 ok)....kalau beli yg tu confirm lepas pakai & cuci bulu berus tu akan tercabut....tetapi masalah terbesar pula kalau anda menginginkan berus yang berkualiti harga mesti kaw-kaw punya kan....hehehe (memang pun). Antara jenama berus yang bagus di pasaran ialah MAC, Bobbi Brown, Lancome dan saya rasa hmpir setiap produk kecantikan yang ternama mempunyai set berusnya yang tersendiri..Tetapi harga bagi setiap berus ini mencecah RM80-RM100++ (mahal tuk berus je huhuhu) Jadi di sini saya memperkenalkan dupe bagi kualiti yang hampir sama dengan berus MAC iaitu Sigma Brush....Anda boleh la melawat laman web ini:


Yang paling best lagi sigma ni ship to worldwide (sesetengah jenama hanya ship pada beberapa negara tertentu sahaja) bermaksud berus tersebut terus sampai ke alamat anda dan sebarang purchase over $30 akan mendapat free gift....

Selain itu, anda patut try this one....Dry'n Shape...
Berus mekap memerlukan penjagaan rapi sekiranya anda mahu dia tahan lama....selepas digunakan bagi yang digunakan tuk jenis serbuk anda perlu cuci berus tersebut selepas 1 @ 2 minggu tetapi bagi penggunaan cecair, anda perlu cuci berus tersebut serta-merta bagi mengelakkan bakteria berkumpul pada berus tersebut. Jadi Dry'n Shape ini bukan sahaja cepat mengeringkan berus anda selepas dicuci tetapi juga menolong tuk menjaga bentuk berus tersebut...sila klik pada gambar untuk rujukan lanjut dan juga cara untuk menggunakannya 



Jadi apa tunggu lagi, Jom beli :) hehehe

Sunday, 27 November 2011

My Makeup Collection Part 1




Hai semua.....yah saya tau mmg da lama saya tidak buat post yg baru hehehe memandangkan sebelum cuti mmg saya sangat sibuk dgn kerja. Jadi hari ni post saya ialah tentang koleksi mekap yg saya ada.... Macam anda sedia maklum saya ni mekap junkie hehehe....mmmg tak ble tahan klo ada mekap baru mmg nak beli & cuba tp tu pun tgk bajet juga la hehehe.. Jadi tanpa membuang masa... Lets go gal...

Ni koleksi foundation yg saya ada....picture on the left adalah liquid manakala on the right tu jenis stick & jenis krim kecuali Lancome tu jenis liquid juga...Review ttg foundation nanti sy buat ok....

 Ini foundation primer saya dari pelbagai jenama antaranya Mac, revlon, Laura Mercier & Shu Uemura.

Ok yg sebelah kiri tu adalah koleksi lip gloss NYX (rasa2 nya ada 60 warna semuanya klo tidak silap). Gambar tengah pula adalah koleksi lip gloss dr Coastal Scent dan gmbar sebelah kanan ni lip gloss dr pelbagai jenama.


My lip balm dari jenama Avon & EOS.


Ni plak lip stain {apa tu lip stain nanti saya buat dlm post akan datang... swear :)ok}. Gambar paling atas sekali dr jenama Maybelline & kat bawah tu dr jenama Revlon.


Koleksi maskara dari pelbagai jenama antaranya Maybelline, Avon, YSL, Revlon, Cover Girl, Loreal & Ardell.


Ini plak koleksi tuk eye brow pencils & powder serta tool dr jenama Anastasia (jenama terkenal tuk eye brow) tuk anda lukis brow anda sekiranya tidak mahir...

My blusher & shading collection dari jenama Nars, Kryolan, Maybelline, Bobbi Brown, Benefit, YSL, Revlon, Loreal & The Body Shop.

Koleksi eyeliner pencils, gel eyeliner & liquid eyeliner :)

Ini plak concealer & highlighter yg saya ada... Bakal ditambah pada masa hadapan :)

Eye shadow primer potion dari 3 brand iaitu Urban Decay Limited Edition Travel pack, Too Faced shadow Insurance & Lancome.

My mixing medium (nanti saya terangkan dalam post akan datang tuk mixing medium ini ok) 

Koleksi glitter saya... gambar kat atas tu adalah sampel dari Coastal Scent & kat bawah tu dr pelbagai jenama...oh yah sometimes we need bling bling tuk memeriahkan lagi mekap hehehe

Ni plak spray tuk buat mekap tahan lama...dan terbaru masi dlm proses order ialah Urban Decay All Nighter Long.

NYX Jumbo Pencils....

Ok yang ni plak sponge...anda perlukan sponge pelbagai bentuk tuk blend mostly tuk foundation terutamanya jenis stick klo pakai berus emm memang x sekata jadinya...



Okay tu je tuk post My Makeup collection Part 1 dalam part 2 nanti saya akan buat tuk eyeshadow palette serta lip stick dan tool2 tuk mekap macam berus dll...



p/s : Thanks very muchie kpd my pren Mel kerana menolong sy mengedit gmbr2 di atas...walaupun sibuk dgn urusan sndiri tp masi mau menolong sy mengedit krn sy ni mmg lembap klo bab2 edit-mengedit ni hehehe... Thanks pren.

Friday, 28 October 2011

Loose Powder....Which one u prefer?.......

After beberapa minggu tidak membuat sebarang post em gatal juga tangan nak menaip hehee.... kadang2 bila baca blog org lain mmg blog dorang best2 rasa malu jak bila tgk blog sndiri yg kosong ( pasal sikap malas sndiri ni hehehhe) jadi saya cuba juga merajinkan diri tuk menyiapkan 1 @ 2 post hehehe....well aku bukan lah blogger yang terbaik & termasuk dlm top blog tapi aku cuba tuk membuat yang terbaik :)     (awww sadis)

Jadi hari ni saya nak buat review tentang 3 brand loose powder yg saya da pakai agak lama juga dan mungkin menjadi tips berguna kpd anda untuk mencuba :)

Mac Mineralize SPF 15 (8.5g) yang berharga RM125,  Kryolan berharga (saya tak ingat exactly price tp dlm sekitar RM60-70 gitu : 60g banyak isi dia)  & Palgantong Make-up 10g berharga RM30

Seperti yang anda lihat Mac mempunyai puff yg tersedia dalam penutup, kryolan pula anda kena sediakan puff sendiri ok, palgantong ada puff sndiri yang disediakan cuma pd pendapat sy terlalu kecil

Bedak Mac mempunyai color warm beige gitu....

Kryolan mempunyai warna soft beige....

Warna palgantong pula pink beige gitu.....bagi sesiapa yg tidak biasa mendengar jenama ini...biar sy bgtau kat hang pa... jenama ini dari Jepun dan memang digunakan khas oleh artis2 kat sana...Paling bestnya jenama ini adalah jenama no.1 loose powder kat Jepun huhuhu... Dorang cakap Japan people don't buy for nothing....so memang best la tu...

Ni warna2 klo kat kulit dr kiri Mac, Kryolan & Palgantong

Ni warna tadi selepas blend....... mengikut pengalaman pakai ketiga2 loose powder ni & mcm korang tgk dlm pic ni kulit sy ngam dgn warna Mac tu dan memang saya suka coverage dia tak rasa cakey kat muka....Kryolan pula macam seolah2 kita x pakai apa2 memang best rasa ringan je cuma klo nak lebih coverage saya sarankan Mac @ Palgantong.... Palgantong pula walaupun nmpk kat pic mcm putih sgt tp sebenarnya warna dia sangat cantik klo kat muka....bedak ni buat muka kita nmpk natural glowing gitu hehehe...cuba tengok muka pelakon2 Jepun & Korea cantik kan nmpk natural psl dorang pakai ni la hehehe.


Jadi itu sahaja review saya....klo lepas ni anda rasa teruja nak try @ pun tgh cari loose powder yg bagus ble la mencubanya sndiri & jgn lupa habaq kat saya ok hehehe...klo ade lepas try x ngam dgn kulit anda maka anda terpaksa la meneruskan pencarian loose powder MFEO (Made For Each Other hehehe) tuk anda krn sy pun masih terus ingin mencuba brand yang lain :)...... Selamat mencuba














Maal Na maal Kita!!!!!

Hye guys....so setelah lama tidak membuat post yang baru tuk di "share" dgn anda so hari i decide tuk buat review tentang perjalanan saya dgn En husband ke Manila, Philippines......

Sekiranya ada yang tgh berkira2 tuk pergi ke sana ble la tgk tempat2  yg kami pergi ni hehehe....Mcm mn kami tau tempat2 ni well kami kan hebat (hahaha just kidding lebih2 la plak). Yang sebenarnya ada family husband yg tgl kat Manila so dgn bantuan Uncle Danny (thanks so much uncle) kami dapat juga la pergi tempat2 yg kira menarik wlpun hanya sempat jln 1 hari penuh sahaja.....

OK cakap pun tak guna jom tengok.......kukuikuikuikui

Ketika pertunjukan Singa Laut di Manila Ocean Park

Kereta  pameran dalam ocean park tu juga


Manila Ocean Park ni lebih kurang mcm Aquaria KLCC

Naik kereta kuda di tgh2 bandar Manila but be carefull klo nak nek ni..takut kena tipu mcm kami ade ker ptt dia minta 2000 peso (lebih kurang RM150 tuk nek kuda sahaja)  lepas siap bw nek ni (siot) huhuhu jadi pastikan anda bertanya lebih lanjut sblm naik tu...

Bangunan mcm Church ni bekas pusat pentadbiran Philippines zaman dulu....

Klo anda nak shopping yg murah pergilah Divisoria ni...tempat murah nak beli ole2  bw balik Mesia :) tapi warning hanya tricycle je ble smpi tempat ni krn btul2 sesak huhu so be ready ok...no taxi & bus here




Ni MOA aka Mall Of Asia...(The biggest mall in Asia) klo Midvalley pun anda amik masa 2 hari tuk round semua cuba bayangkan yg mall ni plak huhuhu Gila.....

Makanan Halal kat Manila....senang juga nak cari food halal kat sekitar Manila krn ada restoran org Muslim sna....jadi x payah berlapar ok hehehe....cuma mungkin tak ngam dengan taste kita je hehehe....

Ni sebelum blik Mesia....kat Airport clark, Manila....

Info Tambahan : kalo anda naik Air Asia anda mmg akan terus ke lapangan terbang Clark, Manila dan anda kena naik bas or teksi ke bandar2 utamanya dalam masa 1 jam...lama juga tu... tapi kalo anda naik Cebu Pasific (philippines punya airlines) anda akan terus sampai ke Metro Manila....
satu lagi klo pergi sni anda kena bersedia dengan traffic jam........huhuhuhu 3 kali ganda daripada KL huhuhu....(dgn becanya dgn keta kudanya tgh2 jalan raya mana tak sesak)



Sesungguhnya peribahasa Melayu mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan ( hahaha bakal sasterawan negara ke ni) & saya bersetuju sgt2 kerana bila pergi negara org, saya bersyukur menjadi warga Malaysia huhuhu...

Sekali lagi.....Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri......... I Luv U Malaysia......

Wednesday, 19 October 2011

12 Flash Color

Hai it's me again, memandangkan blog saya masih baru jadi saya sedang sedaya upaya memperbanyakkan post well out of idea sebenarnya ditambah pula dengan keadaan hujan renyai katil pula hanya di sebelah erm mata pun makin kuyu huhuhu but heiii wake up tadi da take vow in front of my friends mel & getha that i must complete at least 2 new post to my blog hehehe thanks gurls so here i am....... 

After Naked Palette skrg sasaran untuk review pula adalah 12 Flash Color from Make Up Forever....this one i got last year :) 

 
Flash Color tanpa penutup
12 Flash color ni saya beli secara online pada harga RM373.67 (harga tidak tetap krn bergantung dgn currency RM but in dollar $95)... secara jujur saya tidak pernah pakai lagi kerana teksturnya yang creamy & saya rasa memerlukan powder sebagai tambahan agar tidak creasing bila dipakai... Tapi produk ni mendapat sambutan yang menggalakkan & review yg bagus daripada makeup guru dalam youtube especially my feveret makeup guru Michelle Phan
kalau anda tengok dalam makeup look yg dibuat menggunakan flash color, produk ni boleh digunakan pada mata, muka & mulut... ini bermaksud flash color multifunctional & inilah yang membuat saya teruja untuk membeli walaupun quite pricey (habis duit khas untuk beli tudung huhuhu). Bagi sesiapa yang berminat pada body art maka u should get this kerana flash color boleh digunakan sebagai face paint or body paint..Tapi saya tidak pasti kalau Sephora Malaysia ada produk ni tapi yg pasti saya beli ini dari website Sephora :)

ok thats all from me today...chau cin cau...

Wanna Get Naked????????


Well....banyak org cakap jangan judge a book by its cover so my title nothing to do with naked (18xx) sorry about that guys :) .....

Sebenarnya hari ini saya nak bercakap tentang Naked Palette by Urban Decay yang menjadi sensation kepada makeup junkie like me hehehe....well kalau u all sentiasa mengikuti brand2 baru kosmetik or memang terlibat dalam industri ni so mesti u all tau yang Naked Palette selalu out of stock sama ada di kiosk Urban Decay or di Sephora...Dalam youtube or blog2 semua buat review tentang palette ni (saya maybe the last person in the earth yg buat review ni kot hehehe).. So saya set target that by hook or crook i must get the palette hehehehe and finally awal 2011 ni saya dapat juga memiliki Naked Palette {terpaksa beli sembunyi2 dr husband, sori ayg :) }...Credit to Ryan (sgdrugstore) tempat sy order most of my makeup stuff :)... so here my review bout the most wanted palette in the world.....................


so ni lah palette yg saya dpt... palette ni pakej sekali dengan mini primer potion Urban Decay yg femes UDPP. Kulit dia trasa mcm baldu which is cantik & look special berbanding palette biasa yg guna plastik tp keburukannya pula baldu ni memerangkap kotoran  & senang nmpk kotor...Harga dalam sekitar RM180 tapi memandangkan selalu out of stock jadi siapa yg rajin tgk ebay harganya mencecah RM250 (i know crazy rite)

Ni rupa dalam Naked Palette
Ni review warna2 yang ada


 24/7 Glide on eye pencil (zero & whiskey)

 Macam yg anda lihat Naked Palette ni terdiri drp 12 warna neutral yg anda boleh pakai setiap hari ataupun tuk dramatic look macam smokey eye. Tapi sekiranya anda dah ada warna2 neutral or maybe anda ada 88 warm palette so saya rasa this palette no need la tapi kalau anda pengumpul makeup mcm saya i must say this one a must get palette. Tapi sesiapa yg beli Naked Palette skrg anda tidak akan dapat percuma eye pencil  dah kerana yg terbaru ni diganti dgn berus eyeshadow (ada rumors ckp eye pencil diganti dgn berus krn eye pencil mahal x berbaloi dgn harga yg dijual so pihak UD tukar dgn berus) whatever la asalkan warna tidak ditukar.


Menyentuh tekstur warna2 dlm palette ni pula ada 2 saja matte yg selebihnya shimmer & satin finish.....so kpd yg tdk suka jenis shimmer or satin jgn buang karen beli palette ni ok because this is not for u...


p/s : so do i recomended this to a friend.....the answer is Yes....try out for ur self....Bye until the next review..... :)