Powered By Blogger

Monday, 19 August 2013

Barangan baby yang penting dari 0+M hingga 12M

Salam dan Hello semua.....

Tidak sedar baby saya hampir 3 month dah dan sejak itu jugalah daku ini tidak update apa2 dalam blog berikutan kekangan masa jaga baby (tau la 1st mom jadi byk kena belajar lagi hehehe). Untuk entri kali ni saya nak update barang2 yang saya guna untuk baby saya dari baby sampailah dia 12 month nanti.....Oh yah untuk pengetahuan semua saya tidak akan dapat buat review tentang breastpump kerana saya tidak dapat breastfeeding anak saya....sedih? yah memang sedih kerana anak saya hanya dapat menyusu untuk 1 minggu je itu pun campur dgn formula...Kenapa tidak beri susu ibu? Bukan saya tidak mahu tetapi ada kekangan yang malas da nak cerita kerana tiap kali jumpa kwn @ family asik ulang ceta yang sama je...jadi saya pasrah sekarang anak saya minum Enfalac A+......mahal tapi berbaloi untuk anak saya yang tidak menyusu badan...Eh da lari pula topik ceta saya huhuhu (mood sedih).......ok back to the topik.....

Pertama sekali ialah sterilizer dan bottle warmer....(yang ini sangat penting walaupun ada orang tak mau beli kerana boleh guna cara tradisional tp bab warmer tu saya boleh panaskan susu sepanjang masa kalo rendam air panas nanti air panas tu kejap je da sejuk huhuhu... jangan terkejut byk tul bottle warmer saya hehehe....




Inilah koleksi sterilizer dan warmer yang saya beli...kenapa banyak nampak membazir yang sebenarnya satu sterilizer dan warmer saya letak kat umah mak saya memandangkan nanti saya da blk keja mum saya yang jaga Razin...car bottle warmer jenama little bean tu plak sy beli kerana nak letak dalam keta senang nak panaskan susu walaupun warmer lain tu boleh guna dlm keta tp besar dabak gitu mana nak letak? keta sy kecil je huhuhu....Paling saya suka sterilizer jenama My Dear kerana byk function boleh steam telur dan makanan dlm tu..pastu ada drying function psl tu  aku beli....sangat2 recomended.


Ke-2, Baby cot tapi memandangkan baby cot makan ruang yang besar dan tidak boleh lipat maka saya beli Playpen. Saya beli jenama MyDear kerana playpen yang saya beli byk function..ada music, vibrate, lampu dan hanging toys, diaper changer dan poket untuk letak barang.....Warna ada dua pilihan tp sy pilih hijau.

Projection Mobile ini saya beli tambahan untuk toy playpen Razin....sekarang ni dia suka tgk benda yang bergerak dan berbunyi jadi beli Fisher Price Projection mobile ni


Ke-3, buaian. Saya terpaksa beli buaian selepas beli playpen kerana C Razin tak tido lena sangat pas umur dia 2 bln jadi terpaksa beli buaian automatik jadi senang keja mummynya yang pemalas ni huhuhu pastu belinya kena dua psl 1 letak kat umah mak huhuhu saya tau byk mummy menentang pakai buai psl tak elok untuk baby tp bg sy tak salah guna buaian asal utamakan keselamatan anak dan jgn la ayun kuat sgt sy rasa itu yg memudaratkan baby... Saya beli jenama Popo dan Oto... Popo ada lampu LED tp takde muzik
manakala Oto pula ada music dan ada remote control okeh..ko ader ...



Ke-4, Stroller + Car Seat. Kalo nak bawa baby jalan2 tak kan nak gendong setiap masa uhh lenguh tangan pastu nak makan kat mana2 pun susah jadi belilah stroller plus car seat sekali gus....Saya beli jenama My Dear (mydear lagi hehehe psl aku suka brand ni murah dan berbaloi)... Beli yang boleh guna New Born smpi toddler trus... jadi jimat tp car seat dia hnya boleh guna smpi dari new born smpi 5 month ok...pastu kena beli car seat lain...

dan kalo beli stroller tu jangan lupa beli rain cover yelah hood stroller tu tidak cukup panjang untuk elak hujan terkena anak kita jadi saya beli jenama KooDi Rain Cover fit almost stroller.



Ke-5, rocker dan swing. Untuk rocker saya beli Fisher Price Newborn to Toddler yang femes tu...sy beli yang warna biru instead hijau psl biru tu ada muzik dan extra toy banding hijau tu takde muzik... Swing plak sy beli jenama Mamalove ada muzik dan paling penting comel hehhee...
Mamalove Swing
Rocker

Ke-6, bath tub. Ye saya tau ada sesetengah orang anggap benda ni tak penting psl mak kita dulu2 pun guna besen jek tuk mandikan kita ye dak...Tapi bagi saya ni penting kalo guna bath tub kebarangkalian tuk anak kita terlepas dari pegangan semasa mandikan mereka kurang kerana bath tub ada pelapik supaya tidak mudah tergelincir.....saya pilih jenama little bean dan First year... yang first year tu sangat recomended psl boleh guna from newborn smpi toddler. Kenapa ada dua bath tub hehehe satu kat umah mak ler... hehhe
Little Bean
First Year


Ke-7, Playmat. Playmat ni tak rugi beli pasal dari newborn sampai toddler pun masi ble pakai cuma mat dia je akan tak muat tuk budak yang dah besar. Lagipun warna dan permainan dalam playmat ni dapat merangsang perkembangan otak anak...saya beli dua playmat juga dan saya pilih semua yang ada musical dan penuh dengan toy...harga memang mahal skit banding playmat biasa tp tak kisah asal bagus untuk anak :)
Fisher Price Luv u Zoo
K's Kids Play and Rest Musical Mat

Ke-8, Pemanas air. Benda ini memang tak penting sangat psl air panas boleh simpan dalam termos pastu tgl tmbah air je tuk buat susu tapi tuk mummy pemalas mcm saya ni hehe pemanas air ni da sedia suhu yang ngam2 tuk buat air susu. Tidak perlu tunggu air panas tu sejuk ke atau tambah air.. best kan hehe jenama Mydear juga..


Ke-9, baby walker.  Benda ni memang skrg tidak pakai lagi psl Razin baru 3 bulan mungkin 5 bulan baru dapat pakai tp apa salahnya beli awal lgpun masa saya beli tgh ada promosi...Jenama yg saya pilih semestinya Mydear (again hehehe). Baby walker ni multifuction tu yg saya beli tp harga pun boleh tahan RM300++ huhuhu (demi Razin)

Ke-10, Baby carrier. Benda ni kalo malas nak bawa stroller @ masa tu sesak jadi boleh la guna baby carrier ni... Mula2 tu saya beli jenama Mothercare 4 position pastu bila baca review kat internet terjumpa pula psl SSC (Soft Structure Carrier) yang memang nmpk best. Ada macam2 jenama antara yg femes Ergo, Bjorn, Boba 3G. dan akhirnya sy pilih Boba 3G....blum try lagi nanti bila da try sy buat review ok hehe tp klo nak boleh juga baca review org lain da berlambak kat internet hehe..
Mothercare saya pilih red
Boba 3G saya pilih Montenegro

Ke-11, baby food processor. Yang ni pun blm pakai lg tgu 3 bulan lagi baru ble try heheh tp mama Razin ni da beli awal2 huhuhu excited sangat nak buat baby food. Mula2 beli Little Bean supertrio tapi bila saya ternampak Avent steam and blend sy p jual little bean tu walaupun blm pakai br beli Avent hehe...pastu ternampak pula baby bullet org jual kat FB aduh kecomelannya menarik hati hehhe akhirnya aku order kekekee....
Little Bean yang saya da jual kat org
Avent Steam and Blend
Baby Bullet...comel kan...

Jadi entri saya tuk kali ni lebih pada barang yang besar tuk benda2 kecil mcm toys ke, botol susu ke, minyak ke nanti entri yang akan datang...dan mungkin juga saya akan menceritakan pengalaman saya bersalin kali pertama ni huhuhu...Maaf semua gambar amik dari internet malas nak amik gambar sndiri hehehe...

Thursday, 16 May 2013

List Untuk Breastfeeding.....Apa yang patut ada...

Salam semua.....hari ini saya akan buat post tentang senarai kelengkapan untuk menjayakan penyusuan susu ibu...Seperti yang kita tahu susu ibu penting untuk anak kerana mengandungi 1001 khasiat....kerana kepentingan inilah maka kita memerlukan barang2 khas untuk menjayakan misi mulia kita ni.....yang peliknya dulu2 tak payah guna semua ni pun mak saya berjaya susukan kami semua adik-beradik (toink....) hehehe Ok Meh kita lihat barang yang saya da sediakan untuk menjayakan misi ini 

1. Bantal menyusu (penting untuk menjaga postur tubuh ketika menyusukan bayi terutama new mom macam saya.... 

2. Beg menyusu & Beg Pendingin (khas untuk bawa pam susu kita ke pejabat @ masa travel dan menyimpan susu perahan kita- saya guna Beg MomlittleOne)

3. Pensteril & Pemanas (penting untuk steril pam susu dan peralatan menyusu serta memanaskan susu yang sudah dibekukan) - saya pakai jenama Autumnz

4. Coli Menyusu (seperti yang kita tahu coli menyusu berbeza dengan coli biasa ini kerana coli menyusu mempunyai cangkut @ butang khas di depan yang senang dibuka untuk memudahkan penyusuan bayi dan saranan saya untuk kegunaan malam silalah guna sleep bra kerana nursing bra ni x berapa sesuai digunakan ketika tidur ni pengalaman saya sendiri...pakai sleep bra memang best)
Sleep Bra


5. Pelapik coli (benda ni penting untuk serap lebihan susu yang mengalir) jadi takde la baju kita basah dan bau masam dengan susu hehehe....saya beli washable dan disposable.

6. Baju Menyusu (hal ini memang tak penting sangat kerana kita boleh je pakai baju yang sedia ada tetapi baju ini boleh la beli untuk 3 pasang ke 5 pasang khas untuk masa kuar rumah psl baju2 ni ada tmpt yang mudah dibuka untuk penyusuan)

7. Ponco Menyusu ( diperlukan untuk melindungi bahagian2 tubuh tertentu daripada terdedah ketika kita menyusukan bayi terutama di tempat awam) - saya beli macam kat bawah ni dan satu lagi macam bentuk apron tu.

8. Pek Ais ( yang ni memang wajib ada dan dimasukkan ke dalam beg pendingin untuk membolehkan susu perahan bertahan sebelum kita simpan dalam freezer)

9. Kantung Kering Udara ( diperlukan untuk membolehkan peralatan pam susu dan botol storage susu dikeringkan sebelum diguna)

10. Suplemen Penyusuan & Ubat nipple crack ( ada sesetengah individu memerlukan sumplemen untuk merangsang pengeluaran susu. Saya beli Asi dulu untuk percubaan nanti klo tak ngam baru saya beli Shaklee). Ubat nipple crack plak untuk nipple yang terluka ketika penyusuan berlangsung, saya beli medela Purelan kerana review yang bagus iaitu bayi boleh terus menyusu walaupun ubat ni disapu.





11. Bekas Penyimpanan Susu Ibu ( yang ni mommies semua boleh pilih botol @ plastik liner) saya beli dua-dua. 


12. Pam Susu ( belilah ikut kemampuan mommies semua dan yang penting kita selesa guna) saya beli 3 (manual, elektrik dan bateri) kerana memikirkan keperluan ketika bekerja nanti lgpun pam ini semua murah banding medela freestyle.

13. Hot & Cold Gel Pack (ok yang ni saya beli kerana untuk membantu meredakan bengkak susu @ pengeluaran susu sebelum dan selepas proses penyusuan...jangan salah sangka ini dengan pek ais yer...pek ais hanya untuk kegunaan cold sahaja tetapi yang ni boleh dipanaskan...benda ini bukan untuk menyusu je tetapi boleh digunakan ketika demam, sakit otot, senggugut dan sebagainya. Caranya letak dalam freezer @ air panas kemudian masukkan dalam pouch dia pastu tepek kat bahagian badan yg kita kehendaki)

14. Alat Bantuan Penyusuan - Nipple Shield, Nipple Formers, Milk Collection Shells, Breast Shells  (penting untuk membantu melindungi nipple crack, inverted nipple dan untuk mengumpul lebihan susu ketika mempam @ bayi menyusu jadi susu ibu tidak dibazirkan...Ada satu lagi yang bagus iaitu Avent Nipplette tetapi tak beli kerana harga dia beratus huhuhu mahal sgt weii... bergantung dgn keperluan nak beli ke tak)




15. Penyongsang Elektrik - power inverter ( penting untuk mempam ketika dalam kereta dan ini sesuai untuk ibu-ibu yang berkerja dan sentiasa outstation. Boleh beli di lelong.com lebih murah)

16. Hands Free Breast Pump Bra (yang ni untuk memudahkan kita mengepam sambil buat keje lain hehehe... takde medela freestyle tp beli ni jadi la juga freestyle nyer hehehe- beli jenama simple wishes memang dapat review bagus)


 17. Buku Panduan ( buku ini tidak semestinya kena beli tetapi memandangkan saya new mom jadi kena jugalah menimba ilmu ye dak...)


18. Berus botol & sabun botol ( ok yang ni nampak remeh tetapi berus botol diperlukan untuk membersihkan botol2 simpanan susu yang sudah digunakan dan sabun untuk cuci botol silalah guna untuk khas bayi dan bukannya sabun cuci piring macam Axion ke ape...bahaya ada bahan chemical tu)


OK lah itu je yang saya rasa perlu ada untuk menjayakan Penyusuan Eksklusif kita....Jumpa lagi dalam post baru dan mungkin juga dengan baby baru nanti hehehe (skrg dah 38 minggu yippieee)

Friday, 3 May 2013

Urutan Perineum

Ok sumpah sebelum ni memang tak pernah dengar urutan ni tapi bila saya beli Set Bersalin Tanamera, saya terbaca review dan cara penggunaan VCO untuk membuat urutan perineum.... Apa itu urutan perineum....mungkin yang ada amik kelas antenatal dia tau la tapi klo mcm sy ni yang tak amik kelas memang serius tak tahu....Saya da masuk 36 minggu ni baru berpeluang membuat urutan ni tapi better late than never hehhee. Jadi ini saya berkongsi sedikit ilmu yang saya cari dan amik dari blog mommies yang lain....minta halal info yer... hehehe 

Apa itu Perineum ?
Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur 

 Urutan Perineal(sumber majalah PaMa)
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

Urutan ini bukanlah 100% menjamin kita tidak mengalami koyakan @ doktor takyah kena buat potongan episiotomi tetapi sedikit sebanyak membantu mengurangkan koyakan hehhee x salah kita mencuba kan. Lagi satu urutan ini paling bagus buat selepas mandi @ selepas ke tandas kerana kawasan itu masih lembap.

Ini Guntingan episiotomi untuk memudahkan kelahiran (seram tgk)

Teknik urutan perineum
1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.


Menggunakan satu jari

Menggunakan dua jari


Ini video urutan perineum untuk lebih jelas



Jangan buat urutan ni apabila :
1. Mempunyai jangkitan atau penyakit pada vagina 
2. Berasa sakit semasa membuat urutan ini...mommies bolehlah buat urutan ini semula pada masa yang lain.


Pengalaman sendiri : Mula2 buat urutan ni memang rasa ngilu sikit dan adalah juga sakit sikit tapi lama2 da buat tu da ok lah kan kata orang tua2 alah bisa tegal biasa..... Harap info ini dapat membantu mommies di luar sana...and again Sharing is Caring..

Sunday, 28 April 2013

Checklist Barang yang perlu dalam Beg Hospital....

Hello semua.......

Sekarang saya sudah masuk 36 minggu aka 9 bulan....sekejap je masa berlalu, saya rasa macam baru semalam saya uji pregnancy test tu hehhee tup tup sekarang dalam beberapa minggu ni saya akan bersalin... Jadi memandangkan sekarang da masuk 9 bulan saya kena lah prepare barang2 yang nak dibawa ke hospital kelak.....sepatutnya masa kandungan 7 bulan da boleh prepare barang2 ni yelah takut bersalin awal nanti takde la kelam kabut  mengemas barang time sakit perut tu huhuhuu....(kes naya gni hehhee)...Ok lah ni checklist barang yang saya bawa dan saya rasa perlu....

Dalam Beg Baby
1. Baju siang baby (lengan dan seluar pendek) - 2 pasang
2. Baju malam baby (lengan dan seluar panjang) - 2 pasang
3. Lampin - 2 helai (standby je) & safety pin
4. Lampin Pakai buang - 10 helai
5. Tuala Mandi - 1 Helai
6. Bedung baby - 2 Helai (yang bertopi untuk pakai masa kuar hospital)
7. Barut - 2 helai
8. Tuala muka (untuk lap susu ke @ muka baby) - 2 helai
9. Mandian baby ( bawa yang pek travel ok) - sabun mandi, syampu, losen, baby oil
10. Perapian baby- bedak, minyak telon, cotton bud, cotton wool, sikat, nail clipper,
     scissor

11. Changing Mat
12. Wet Tissue
13. Baby mittens & Botties - 3 pasang

Sambil tu saya juga sediakan satu persalinan khas baby untuk sebaik sahaja baby da kuar jadi takde la nurse tu sibuk cari baju dalam beg yang kita bawa (ada ke terjadi perkara ni...ntah saya pun tak pasti ni kan 1st time tp ada baca dalam blog org lain dia suruh sediakan je psl ikut pengalaman dia masa bersalin) jadi ni saya sediakan dan masukkan dalam wet bag hehehe....
Barang tadi masuk semua dalam wet bag ni

Dalam Beg Mommy
1. Kain batik - 3 pasang
2. Baju T-shirt - 2 pasang
3. Nursing Bra - 3 pasang (1 helai sleep bra)
4. Disposable breast pad - 5 keping
5. Tuala mandi - 1 helai
6. Tuala muka - 1 Helai
7. Sweater - 1 pasang
8. stokin - 2 pasang
9. Maternity Pads - 1 pack (20 keping)
10. Disposable Panties (Beli for maternity psl besar kalau beli yg biasa tu takut tidak muat
     kan perut masih besar lepas baru bersalin) - 2 pack

11. Kelengkapan mandi - sabun mandi, pencuci  muka, syampu, colgate, berus gigi (bawa
      jenis travel pack)

12. Kelengkapan perapian - bedak muka, krim muka, toner, pelembap, pelembap bibir,
      sikat (mesti jaga diri tau walau dalam keadaan macam ni hehehe)

13. Skirt (untuk kuar hospital nanti saya tak mau pakai kain batik hehehe) & 1 baju yang
      cantik

14. Selipar waterproof jadi ble pakai untuk mandi juga

Dalam beg kecil ini ada kelengkapan perapian

Barang Lain
1. Kad Klinik
2. Surat Perakuan Majikan
3. Handphone (untuk hubungi keluarga, teman)
4. Kamera (klo rasa perlu ok tapi rasanya aku x bawa kot)
5. Power bank (malas nak bawa charger handphone)
6. Termos
7. Milo 3 in 1
8. Biskut kering (untuk masa lapar hehehe)
9. Dompet (dalam tu kan ada ic dan segala bagai kad hehehe)
10. Samsung Tab (saya nak bawa pasal takut boring kat hospital)
11. Bekas letak makanan (klo kat Hospital kerajaan kena sediakan pinggan sendiri tau...ni
      pengalaman aku huhu)

12. VCO Tanamera (sebagai air selusuh)
13. Air zam-zam (dijadikan air selusuh juga dan jgn lupa suruh husband baca doa kat air
      zam-zam ye mudahan2 dipermudahkan bersalin tu)



Ok saya rasa itu je yang saya patut bawa kot hehehee...jadi ni la beg yang saya akan bawa ke hospital nanti dan dah standby kat keta...
Beg baby lagi besar dari beg Mommy hehhee